4 July 2008

  Berita - Dis. 2007

Kereta KLSD.

Kuala Lumpur, 11hb. Disember 2007 - KLSD telah menerima kereta Kia Rio 1.3 daripada CIMB Group. Kami difahamkan bahawa pemilik kereta asal tersebut gagal bayar pinjaman kereta kepada Bank CIMB. Maka pihak Bank CIMB tarik balik kereta tersebut tahun lepas. Selepas 9 bulan, kereta tersebut bernilai RM27,000 menjadi milik KLSD.

Kereta tersebut digunakan untuk kegunaan pejabat dan operasi program di bawah KLSD. Staf dan exco KLSD berlesen memandu hanya layak bawa kereta ini untuk tujuan kegunaan pejabat dan operasi program di bawah KLSD. Syabas dan terima kasih kepad En. Herman, Pegawai Komunikasi Pusat (CCO) MFD kerana berusaha dapat kereta tersebut.


En. Md. Ramli wakil CIMB Group menyerahkan geran dan kunci kereta kepada En. Aqlam Jafri (Presiden KLSD) yang disaksikan oleh wakil CIMB Group, En. Lee Tur Chung (Bendahari KLSD), En. Nik Firdaus (Naib Bendahari KLSD), ahli-ahli dan staf KLSD.


Pihak KLSD hadiah cenderamata kepada pihak CIMB Group sebagai terima kasih.


Sedang periksa enjin kereta tersebut.


Puas hati.


Kereta KLSD ditaja CIMB Group

Bengkel Brainstorm MFD.

Johor Bahru, 15hb. Disember 2007 - KLSD menghantar 3 orang wakil ke Bengkel Brainstorm MFD di Hotel Selesa, Johor Bahru selama 3 hari (14 hingga 15hb. Dec. 2007). Mereka ialah En. Aqlam Jafri (Presiden KLSD), En. Lee Tur Chung (Bendahari KLSD) dan Pn. Nolida (AJK Pembangunan Wanita dan Keluarga KLSD).

Wakil-wakil dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel tersebut bertujuan untuk berkongsi dan berbincang untuk merangka program-program MFD tahun 2008. Di sepanjang bengkel ini, kami meluahkan isu-isu dan masalah-masalah kaitan dengan komuniti orang Pekak.

Pada hari akhir, kami merumuskan program-program MFD 2008 (bagi selesaikan masalah dan isu komuniti orang Pekak) dan visi dan objektif MFD.


Mejar Jeneral (B) Dato' Mohamed Ali Sawat selaku Penasihat MFD menerangkan apakah itu visi, misi dan objektif dalam bengkel tersebut.


En. Aqlam dan En. Lee Tur Chung.


Pn. Nolida dan En Aqlam.


En. Lee Tur Chung selaku ketua kumpulan kecil sedang menerangkan mengenai isu dan masalah komuniti orang Pekak.

Selepas bengkel tersebut, kami melawat ke Pusat Komunikasi Orang Pekak Johor Bahru yang diduduki oleh Persatuan Orang Pekak Johor (SDJO)





KLSD pecah sejarah iaitu En. Aqlam dan En. Lee Tur Chung berkongsi memandu kereta milik KLSD yang pertama kalinya ke Johor Bahru dan balik untuk menyertai bengkel tersebut. Pn. Hafidah, Cik Goh dan En. Zaine Bujal turut menumpangkan kereta tersebut.

Ke atas





Sponsored by Shinjiru
Copyright @ KLSD 1996 - 2006