6 September 2008

  Berita - Februari 2006


Jamuan Tahun Baru Cina KLSD 2006

Kuala Lumpur, 12hb. Februari 2006 - Lebih kurang 300 orang Pekak berbilang bangsa telah hadir ke Jamuan Tahun Baru Cina KLSD 2006 anjuran Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) jam 12 tengah hari hingga 3 petang bertempat di Dewan Serbaguna Komplek Perniagaan Seri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpur.

En. Lim Anuar selaku Pengerusi Pengelola Jamuan Tahun Baru Cina KLSD 2006 merangkap Timbalan Presiden II KLSD telah beri dua kata dalam jamuan ini. Di samping itu, En. Aqlam Jafri selaku Presiden KLSD telah merasmikan program ini. Program ini bertujuan untuk merapatkan perpaduan antara ahli dan bukan ahli KLSD. Para hadirin tidak lepas peluang menikmati berbagai makanan iaitu bihun goreng, kek, buah limau, kari ayam, kacang dan kuih muih. Buah limau telah ditaja oleh individu pekak berbangsa Cina dan swasta manakala 5 buah kek ditaja oleh 5 buah hotel termuka di sekitar ibukota. Genting Group taja RM4,000 untuk memeriahkan jamuan ini.

Kanak-kanak terbilang agama berumur 2 tahun dan dibawah tidak terlepas terima Ang Pau. Suasana program ini sangat meriah. Ada beberapa orang tua berbagai bangsa dapat berjumpa di antara satu sama lain untuk bertanya akhbar.

Klik sini untuk melihat gambar.

Ke atas

Kebajikan Ahli-Ahli Kelab Bola Sepak KLSD

Kuala Lumpur, 18hb. Februari 2006 - Sewaktu Jamuan Tahun Baru Cina 2006 diadakan, setengah daripada ahli Kelab Bola Sepak KLSD (KLSDFC) telah menghadiri Jamuan Tahun Baru Cina 2006.

En. Aqlam selaku Presiden KLSD telah dipanggil oleh salah seorang daripada ahli KLSDFC untuk dibawa berjumpa dengan ahli-ahli KLSDFC di luar Dewan Serbaguna Komplek Perniagaan Seri Selangor. En. Syed Osman pun telah dipanggil. Mereka ingat pertemuan ini akan timbul perkara yang tidak diingin. Bagaimanapun, En. Hisham selaku Pengurus pasukan Bola Sepak KLSD, wakil bagi KLSDFC, ingin menyampaikan cenderamata Baju T-Shirt berlogo KLSDFC kepada En. Aqlam sebagai penghargaan dan terima kasih kerana pihak KLSD telah mengambil berat terhadap kebajikan ahli KLSDFC.

Dalam pertemuan ini, kami setuju kongsi 50%:50% beli set pakaian bola sepak sebanyak RM500 untuk pasukan KLSDFC bagi menghadapi perlawanan bola sepak persahabatan dan biasa kelak. Pihak KLSD akan berusaha mencari kewangan dan tajaan untuk membiayai 2 set pakaian pasukan bola sepak bagi menghadapi perlawanan bola sepak seperti Liga Bola Sepak Orang Pekak dan SKOP kelak serta membiayai aktiviti-aktivitinya.

En. Aqlam begitu terharu kerana ini pertama kalinya dia terima ucapkan terima kasih daripada KLSDFC. Oleh sebab itu mereka telah sedar diri sendiri tahu bagaimana hendak mengucapkan terima kasih kepada pihak KLSD.


"Terima kasih dan sokongan daripada KLSDFC"
En. Hisham selaku pengurus Kelab Bolasepak KLSD (kanan) berbaju merah sedang menyampaikan baju t-shirt berlogo Kelab Bolasepak KLSD (KLSDFC) kepada En. Aqlam (Presiden KLSD) sebagai tanda sokongan dan terima kasih kerana pihak KLSD mengambil berat terhadap kebajikan ahli-ahli KLSDFC sambil diperhati oleh ahli-ahli KLSDFC dan En. Syed Osman (selaku Pengarah Eksekutif KLSD) semasa Rumah Terbuka KLSD Tahun Baru Cina 2006 diadakan di Kompleks Perniagaan Seri Selangor, KL.

Klik sini untuk melihat gambar.

Ke atas

Bengkel Sehari Kursus Kepimpinan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 18hb. Februari 2006 - 30 ahli KLSD telah menghadiri Bengkel Sehari Kepimpinan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur anjuran MFD dengan kerjasama KLSD dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia di Bangunan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM), KL jam 9 hingga 6 petang.

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan bimbingan kepada pemimpin dan bakal pemimpin, membimbing mereka ke arah pemahaman fungsi persatuan dan tanggungjawab yang bakal mereka pikul. Melalui bengkel ini juga, mereka akan dipilih sebagai pemimpin yang betul-betul layak untuk dihantar menyertai Kem Belia Pekak Peringkat Asia Pasifik di Jepun tahun ini dan Kem Belia Pekak Peringkat Antarabangsa di Sepanyol tahun depan.

Bengkel ini akan mengumpul para pemimpin belia di setiap negeri dan mereka akan didedahkan bagaimana menghadapi cabaran dan motivasi, berdisiplin, mempunyai komunikasi yang baik dan beretika dalam pencorakan negara abad ke 21.

Sepanjang bengkel ini, En. Mohd. Sazali selaku Presiden MFD beri ceramah dengan 3 topik kepada semua para hadirin. Dalam bengkel ini, ada 3 topik iaitu Mengenai Diri Sebagai Orang Pekak, Memahami Fungsi Persatuan Orang Pekak dan Memahami Diri Sebagai Pemimpin Persatuan. Semua peserta terbahagi 3 kumpulan tidak lepas peluang berkongsi idea yang bernas dengan teamwork.

En. Abd. Kadir Muhamed, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dijemput untuk merasmikan majlis penutup bengkel ini.

Klik sini untuk melihat gambar.

Ke atas

Dialog Perumahan dengan DBKL dan SPNB

Kuala Lumpur - 19hb. Februari 2006 - Lebih kurang 100 orang ahli dan bukan ahli telah menghadiri dialog perumahan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Bilik Mesyuarat Komplek Perniagaan Seri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpur jam 3 petang. En. Aqlam Jafri selaku Presiden KLSD telah merasmikan program ini. Program ini agak dapat sambutan baik dengan meriah.

En. Harris, Unit Jual Perumahan, DBKL menerangkan mengenai sewa perumahan termasuk layak dan syarat manakala En. Khairil Anuar, Unit Sewa Perumahan DBKL menerangkan mengenai sewa perumahan. Cik Siti Mizalwa Idris, Pegawai Pemasaran Kanan Eksekutif SPNB menerangkan mengenai jual perumahan kepada OKU termasuk orang pekak dengan diskaun 20% atas pembelian perumahan di bawah projek SPNB.

Ada beberapa para hadirin telah mengemukan soalan dan aduan mengenai proses dapat apartment sewaan dan belian milik DBKL sangat lama. Pihak KLSD diminta mengambil tanggungjawab menyenaraikan nama pemohon, no. K/P dan no. rujukan pendaftaran (kad biru yang disediakan oleh pihak DBKL) yang akan dihantar kepada pihak DBKL melalui En. Khairil Anuar untuk mendapat status.

Pihak SPNB telah mengedarkan borang pemohon membeli perumahan kepada para hadirin yang berminat membeli rumah di bawah projek SPNB dengan 20% diskaun.

Klik sini untuk melihat gambar.

Ke atas

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan KLSDFC dan Nissan FC

Kuala Lumpur, 19hb. Februari 2006 - Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Kelab Bola Sepak Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSDFC) dan Kelab Bola Sepak Nissan telah diadakan di Padang Arkib Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur jam 5:30 petang.

Program ini bertujuan untuk merapatkan semangat pasukan bola sepak di antara ahlinya serta menimba ilmu pengetahuan mengenai bola sepak daripada orang bukan biasa.

Walaupun En. Aqlam Jafri (Presiden KLSD) sibuk, dia sempat singgah sekejap selepas menghadiri dua buah program: Majlis Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dialog Perumahan dengan DBKL dan SPNB untuk memberi sokongan semangat kepada pasukan KLSDFC. Dia terpaksa pulang awal untuk menghadiri program lain pada sebelah malam.

Nissan FC menang 4 - 2.

Klik sini untuk melihat gambar.

Ke atas

Dialog Perpaduan Orang Pekak Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 26hb. Februari 2006 - Dialog Perpaduan Orang Pekak Kuala Lumpur telah diadakan di Bangunan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM), KL jam 3:00 petang. Ia telah dihadiri oleh wakil-wakil dari KLSD, Dharma for the Deaf (DD) dan Kelab Pekak YMCA KL (DC). REACH dan Kelab Orang Pekak Islam KL tidak dapat hantar wakilnya ke dialog ini.

Program ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah perpaduan orang pekak Kuala Lumpur bagi mencapai matlamat satu suara orang pekak Kuala Lumpur. Program ini telah dirasmikan oleh En. Aqlam Jafri, Presiden KLSD. En. Syed Osman telah menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi Majlis Dialog ini. En. Bernard Wong (Pengerusi Kelab Pekak YMCAKL) dan En. Surendra K. Ariyathavaratnam (Wakil Dharma for the Deaf) juga telah hadir.

Sepanjang dialog ini, kami berbincang mengenai perpaduan orang pekak Kuala Lumpur dengan serius secara aman. Suasana ini amat ceria. Masalah ini adalah berpunca dari ahli-ahli dari KLSD, DD dan DC atas kemahuannya. Hati KLSD sentiasa terbuka menerima kritik daripada pihak DD dan DC untuk memperbaiki kelemahan fungsi organisasinya. Para pemimpin setuju bertanggungjawab untuk menerangkan mengenai fungsi KLSD, DC dan DD kepada semua ahlinya jika mereka berfikiran sempit dan berbaur perkauman.

Akhirnya, kami setuju bersepakat membentangkan 5 perkara dalam Resolusi Perpaduan Orang Pekak Kuala Lumpur 2006 adalah berikut:

  • Mengadakan bengkel bincang kaitan perpaduan orang pekak Kuala Lumpur sebanyak 3 kali setahun untuk meningkatkan persefahaman di antara satu sama lain.
  • Mewujudkan 1 suara orang pekak Kuala Lumpur apabila di jemput ke persidangan, forum ataupun workshop anjuran kerajaan dan NGO lain.
  • Melantik wakil dari DC, DD dan REACH menjadi EXCO KLSD di AGM KLSD pada masa depan.
  • Akan mengadakan satu gerakan kesedaran mengenai keperluan KLSD untuk mempunyai bangunan sendiri dan orang pekak di Lembah Klang di minta berikan kerjasama dengan menderma setiap 1 orang RM100 dan ke atas.
  • Para pemimpin setiap persatuan dan kelab pekak di Lembah Klang diminta membantu berikan penerangan yang jelas pada ahli-ahlinya jika didapati mereka berfikiran sempit dan berbaur perkauman.

Susulan Ceramah Perpaduan Orang Pekak Kuala Lumpur akan diadakan pada 26 Mac 2006. Semua ahli dari REACH, DCYMCAKL, Kelab Orang Pekak Islam Kuala Lumpur, KLSD dan DD akan dijemput sama-sama.


"Semangat Menyatukan Perpaduan Orang Pekak Kuala Lumpur"
Dari kiri: En. Bernard Wong (Pengerusi Kelab Pekak YMCAKL), En. Aqlam Jafri (Presiden KLSD)
dan En. Surendra K. Ariyathavaratnam (Wakil Dharma for the Deaf).

Klik sini untuk melihat gambar.

Ke atas





Sponsored by Shinjiru
Copyright @ KLSD 1996 - 2006