Majlis Penyerahan Kad RapidKL KLSD 'kecoh'
Kuala Lumpur, 22hb. Januari 2006 - Lebih kurang 200 orang ahli telah hadir ke Majlis Penyerahan Kad RapidKL KLSD di
Dewan Serbaguna Komplek Perniagaan Seri Selangor, KL jam 3 petang. En. Syed Osman telah beri taklimat ringkas kepada
para hadirin bahawa semua pemegang kad RapidKL menjaga kad ini dengan baik supaya dielak daripada menyalahguna kad ini.
Sebelum majlis ini diadakan, pihak KLSD menghantar mesej melalui sms kepada nama pemegang kad RapidKL yang akan terima kad RapidKL.
Bagaimanapun, pemegang tersebut telah heboh kepada kawan-kawannya yang masih belum terima kad RapidKL untuk hadir majlis tersebut.
Ini meyebabkan majlis ini kecoh. Majlis ini berjaya dikawal dengan baik. Hanya satu insiden kecil.
Exco KLSD termasuk En. Aqlam, En. Lim Anuar, En. Stephen Lee, En. Yeoga Raj, En. Mohd. Azhar, En. Kamarzaman, En. Mohd. Sazali,
En. Murshid turut hadir membantu. Staf KLSD iaitu En. Mark Kwan turut sertai.
Klik sini untuk melihat gambar.