Kemelut MSFD dan MFD selama 3 tahun telah berakhir.
Puchong, 1hb. Mac 2008 - Mesyuarat Persekutuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSFD) Khas dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)
telah diadakan di Bilik Kuliah 1 Pusat Latihan MySL di Menara KLH. Ini bertujuan untuk menyatupadukan komuniti orang Pekak elak daripada
salah faham di kalangan orang Pekak di Malaysia. En. Albert Lim (Presiden MSFD) mempengerusikan mesyuarat tersebut.
En. Aqlam (Presiden KLSD), En. Lim Anuar (Naib Presiden 1 KLSD), En. Mohd. Azhar Ismail (Naib Presiden II KLSD) dan En. Mahedran
(Pengerusi J/K Sukan KLSD) telah mewakili KLSD ke mesyuarat tersebut. Di antara para hadirin ialah wakil-wakil ahli gabungan MFD dan MSFD
dari Johor, Pahang, Melaka, Perak, Kedah dan Selangor, DSE (D Sports Excellent) dan MSFD. En. Philip Pong (bekas Bendahari MSFD),
En. Yeoga Raj (bekas Bendahari MSFD), En. Abdul Rahman (staf Pusat Pembangunan MySL), 2 orang jurubahasa isyarat MFD (Cik Goh dan
Cik Zuraidah) dan En. Zaine Bujal (staf Pusat Pembangunan MySL).
Mesyuarat tersebut telah dijalankan dengan lancar hampir 6 jam. Kemelutan MFD-MSFD telah reda. Ini dapat merapatkan hubungan MSFD
dengan MFD dengan baik dalam pembangunan orang Pekak di Malaysia bagi satu matlamat komuniti orang pekak iaitu sukan dan kepimpinan orang Pekak.
Waktu masa minum pagi, makan tengah hari dan minum petang, semua para hadirin telah menikmati makan minum bersama-sama sambil berbual
di antara satu sama dengan lain dengan mesra dan ceria.
En. Mohd. Sazali selaku Presiden MFD (kiri) dan En. Albert Lim selaku Presiden MSFD (kanan) bersalam sejurus selepas mesyuarat tersebut.