11 March 2010



Objektif-objektif KLSD adalah:

  • Menaikkan taraf hidup golongan pekak

  • Menyatupadukan individu-individu pekak dalam bekerjasama untuk pembangunan sosio-ekonomi dan kebajikan bersama.
  • Mempertahankan hak-hak asasi individu-individu pekak untuk hidup sebagai rakyat Malaysia yang normal dan menegakkan hak dan kepentingan mereka.
  • Menganjurkan majlis sosial, upacara sukan dan reakreasi dan lain-lain acara untuk golongan pekak sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
  • Mengumpul dana dan menerima sumbangan dari segi kewangan dan bukan kewangan serta membuat pelaburan dana dengan persetujuan Malaysia Agung. Dan untuk mempunyai kedua-dua harta mudah-alih dan tetap.
  • Membimbing ahli-ahli dalam pembangunan kerjaya dan menyemai semangat kepimpinan mereka.
  • Mencapai objektif di mana setiap individu pekak diterima baik oleh masyarakat.
  • Bekerjasama dengan persatuan dan pertubuhan di Malaysia yang mempunyai objektif dan matlamat yang sama.




Sponsored by Shinjiru
Copyright @ KLSD 1996 - 2006