Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) menjadi persatuan untuk orang pekak ketiga dalam
Kuala Lumpur selepas Persatuan Orang Pekak Kebangsaan (NSD) dan Kelab Pekak YMCA Kuala Lumpur
bersama Pusat Majudiri 'Y'. Ianya ditadbirkan oleh orang pekak sendiri dengan tanpa jajahan
bukan pekak. Sehingga kini lebih kurang 1,100 orang pekak berdaftar menjadi ahli persatuan.
Sebelum ini, nama pertama bagi Persatuan ialah Persatuan Orang Cacat Pendengaran Wilayah
Persekutuan dan Selangor atau nama ringkasnya SHIMA (Society of Hearing Impaired Federal
Territory and Selangor). Ianya mulai ditubuhkan pada 23hb. Jun 1987 dan dilancarkan oleh
Y.B. Dr. Peter Chin, Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia di
Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang.
Tempat pertama diduduki oleh persatuan kita ialah Bilik Ruang, Tingkat Satu, Bangunan MAVOGA,
Jalan Dewan Sultan Sulaimen 1, Off Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Kemudian, ianya
dipindah ke Kompleks Perniagaan Seri Selangor, Jalan San Peng pada tahun 1991. Terdapat ada
2 buah bilik diberi oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Tingkat Dua, Kompleks
tersebut. Sekarang ia dapat lebih 3 buah tambahan.
Negeri Selangor dipisahkan dari Persatuan kita dalam tahun 1992. Satu pindaan iaitu kes
pemisahan Negeri Selangor diberi keputusan oleh ahli-ahli secara suara sebulat semasa
Mesyuarat Agung Dwitahunan. Namanya ditukar ialah Persatuan Orang Cacat Pendengaran Kuala
Lumpur. Akhirnya ia ditukar kepada Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur atau namanya ringkas
KLSD dalam tahun 1994.